Kad Jemputan Kahwin Digital
Jemputan yang indah, majlis yang tenang
Kad jemputan digital yang anggun, lengkap dengan RSVP, kaunter kehadiran pada hari majlis dan makluman terkini untuk tetamu. Semuanya dalam satu link.
Features Utama
Lihat tetamu tiba, secara live
Pengantin, keluarga dan katering boleh melihat jumlah tetamu yang sudah tiba dari semasa ke semasa. Tidak perlu lagi risau berapa hidangan yang perlu disediakan.
Kaunter Kehadiran Live
Tetamu scan QR di pintu masuk
Tetamu yang sudah RSVP hanya perlu masukkan nombor telefon dan tekan Sahkan Kehadiran. Jumlah kehadiran dikemas kini terus di telefon pengantin dan pihak katering.
Paparan katering Jamuan untuk anggaran 0 tetamu lagi. Dikemas kini setiap kali tetamu tiba.
Makluman Majlis
Maklumkan perubahan saat akhir dengan mudah
Hantar makluman terus ke kad, contohnya parking tambahan atau perubahan masa.
Hantar Reminder via WhatsApp
Ingatkan tetamu yang belum membalas
Senarai tetamu yang belum RSVP. Tekan sekali dan WhatsApp akan dibuka dengan mesej peringatan yang siap ditulis. Anda sendiri yang tekan Send, tiada mesej dihantar secara automatik.
Cara Ia Berfungsi
Tiga langkah mudah
Pilih design
Lihat katalog dan cuba demo setiap design sebelum membuat pilihan.
Isi butiran dan bayar
Isikan nama pengantin, tarikh, lokasi dan aturcara. Bayar melalui DuitNow atau online transfer.
Kongsi link
Selepas bayaran disahkan, anda akan menerima link kad dan dashboard untuk dikongsi di WhatsApp.
Harga
Satu harga, semua features
Tiada pakej yang mengelirukan. Semua features sudah termasuk sejak hari pertama.
Pakej Lengkap
RM10 untuk setiap bulan tambahan
- Kad jemputan digital dengan design pilihan
- Kaunter kehadiran live untuk pengantin dan katering
- Makluman majlis secara live kepada tetamu
- RSVP, ucapan tetamu dan Hantar Reminder via WhatsApp (buka WhatsApp dengan mesej siap, bukan automatik)
- Dashboard pengantin, peta, aturcara dan DuitNow
Pilih 1 hingga 6 bulan semasa menempah.
Soalan Lazim
Ada pertanyaan?
Berapa lama tempoh kad saya aktif?
Kad aktif mengikut bilangan bulan yang anda pilih, bermula dari tarikh tempahan disahkan. RM10 untuk bulan pertama dan RM10 untuk setiap bulan tambahan, sehingga 6 bulan.
Bagaimanakah kaunter kehadiran berfungsi?
Dashboard anda menyediakan poster QR siap untuk print (saiz A4 atau A5) dengan nama pasangan dan design kad anda. Letakkan di pintu masuk. Tetamu scan dan masukkan nombor telefon. Jika mereka sudah RSVP, bilangan tetamu akan dipaparkan secara automatik dan mereka hanya perlu tekan Sahkan Kehadiran, serta boleh menambah tetamu tambahan jika ada. Tetamu yang belum RSVP boleh check-in dengan nama dan bilangan. Jumlah kehadiran dikemas kini terus di dashboard.
Bolehkah saya menukar butiran selepas menempah?
Boleh. Hubungi kami melalui WhatsApp dan kami akan kemas kini nama, masa, lokasi atau aturcara tanpa caj tambahan.
Berapa lama kad siap?
Biasanya dalam masa 24 jam selepas bayaran disahkan. Anda boleh semak status tempahan menggunakan nombor rujukan.
Bolehkah saya letak foto sendiri dalam kad?
Boleh. Selepas kad aktif, upload sehingga 9 foto melalui dashboard dan susun mengikut pilihan anda. Foto dikecilkan secara automatik supaya kad kekal laju, dan tetamu boleh tekan foto untuk melihatnya dengan lebih besar. Jika tiada foto, bahagian galeri tidak akan dipaparkan.
Bagaimana cara membuat bayaran?
Melalui DuitNow QR atau online transfer. Upload resit di borang tempahan dan kami akan mengesahkannya secepat mungkin.
Raikan hari bahagia anda
Mari mulakan dengan memilih design yang paling dekat di hati.